Tuesday, February 17, 2009

Band indie

korang pernah dgr lagu bliz x?
ala yang tajuknye "mimpi yang mati"







MUSE??(luahan BLiZ buat peminat)

assalamualaikum..

MUSE merupakan idola BLiZ ataupun lebih tepat "role model"
Kitorg tak nafikan, memang BLiZ memperjuangkan konsep muzik MUSE cume ape yang kitorg ingin lebihkan disini ialah melodi and lengkok vokal melayu yang terdapat dalam kebanyakkan lagu artist2 classic tanah air kita seperti A.Rahman, Ahmad Jais dan mcm2 lagi sebenarnye yang menggunakan sebuah melodi yang kita kenal sebagai "lenggok melayu".

Tidak dinafikan juga bile ade sesetengah pihak yang beranggapan "lenggok melayu" nih dah lapok! Tak market lagi! Jadi disini kitorg beranggapan klau xde siape yang nak jage "lenggok melayu" neh jadi siapa lagi!? Untuk menarik lagi minat orang ramai (terutamanya golongan remaja) terhadap lenggok tersebut,kitorg cube mengkombinasikan antara melodi 80-an ini dengan rentak yang lebih moden sesuai dengan semua golongan masyarakat.

Utk sesiapa yang terlalu awal judge kitorg "xde identiti" maka aku nak tanya balik.. Berapa lamakah kitorg dah berada dlm industri muzik tanah air?? Ade ke makcik2 pakcik2 anak2 kecil yang sedar tentang kehadiran kitorg? Adakah kami dah famous dikalangan masyarakat Malaysia?
Jadi BLiZ harap BERI PELUANG! Kalau korg nak support scene muzik tanah air kita inilah masanya!! Dan aku berani jamin sampai masa kitorg dah tahu haluan muzik kitorg, kitorg pasti takkan menghampakan peminat yang menyokong BLiZ!! Kerana telah banyak cemuhan dan makian yang aku dah lalui, lebih2 lagi waktu usia aku "gila gila" remaje nih, macam2 "laluan gelap" yang memanggil aku dan ingin menjatuhkan semangat aku utk bergiat dalam seni.. Hanya satu yang membuatkan aku masih disini adalah comment2 peminat yang x putus2 puji n menyokong BLiZ..

Well aku tak lah pandai sgt nak berpantun tp secara ikhlas la wei :p
BLiZ betul2 nak ucapkan TERIMA KASIH

Sekian...

Info dari Bliz
Comments
0 Comments