Tuesday, November 24, 2009

"JALANG" 26 November.

AGAK rimas juga bila aku terbaca tajuk filem 'Jalang', yang dilancarkan baru-baru ini. Filem yang membawa tajuk sensasi itu akan menemui peminat filem Melayu pada 26 November.

menurut kata kakak tua yang dipetik dari mstar...

Terus Kakak Tua teringat sekitar tahun 1993 bila pengarah U-Wei Hj Saari menggunakan tajuk yang hampir sama, 'Perempuan, Isteri Dan Jalang'.

Disebabkan kontroversi nama 'jalang' itu, filem itu terpaksa ditukar tajuknya kepada 'Perempuan, Isteri Dan ...'.

Kekecohan yang disebabkan oleh perkataan 'jalang' itu sendiri menyebabkan beberapa pihak melenting kerana nama itu cukup sensitif dan tidak boleh digunakan.

Agaknya sebab terlalu berat nama 'jalang' itu, tak terbawa filem yang membariskan nama-nama handalan seperti Nasir Bilal Khan, Sofia Jane dan Zaidi Omar.

Di kala itu, 'jalang' masih tidak dapat diterima ramai hinggakan pihak penerbit terpaksa berkompromi meletakkan '.......' di tempat 'jalang.' Dan filem itu pun terus mendapat publisiti meluas kerana beberapa sebab.

Salah satu kerana tajuk yang sensitif itu. Kedua, disebabkan adegan 'nasi kangkang' itu dan aksi Sofia Jane berkemban.

Tak sangka pula, selepas enam tahun larangan menggunakan perkataan 'jalang', akhirnya ia dibenarkan.

Selain ceritanya tetap berkisar tentang perempuan 'jalang' atau wanita berakhlak rosak, filem 'Jalang' 2009 tetap mengekalkan adegan berkemban dengan jalan cerita yang lain.

Kata pengarahnya, bukan kerana ingin tonjolkan elemen sensasi, cuma untuk membantu jalan cerita?

Kalau watak 'jalang' dulu dibawa oleh aktres jelita Sofia Jane, yang baru pula dibintangi oleh Yasmin Khaniff.

Kakak Tua 'kagum' dengan keyakinan pendatang baru Yasmin yang membawa watak Maria walaupun ada yang komen, lakonannya kaku.

Kesanggupan Yasmin berkemban dalam adegan 'mandi bunga' memang berani. Dan seni berkemban yang ditonjolkan oleh Yasmin dan Sofia juga agak berbeza.

Maria (watak Yasmin) berkemban kerana 'mandi bunga' hendak buang segala malang sedangkan watak Zaleha (lakonan Sofia Jane) berkemban kerana hendak beri suaminya yang garang makan 'nasi kangkang.'

Tapi dua-dua versi pun Kakak Tua rasa ngeri kerana visualnya terlalu hebat dan tak manis. Cuma yang dimusykilkan apabila filem 'Jalang' pembikinan tahun 2009 diklasifikasikan sebagai 18PL, tidakkah ianya akan membuat budak-budak di bawah 18 lebih teruja hendak tahu apakah isi filem ini. Tambah menarik apabila diberitahu tidak ada sebarang potongan untuk filem ini.

Sekali air bah, sekali pantai berubah, begitulah resamnya dengan undang-undang ciptaan manusia. Kalau dulu diharamkan, hari ini dibenarkan. Apa yang pernah dikira sensitif satu masa dulu, tiba-tiba saja sudah tidak jadi sensitif lagi. Seolah, interpretasi perkataan 'jalang' itu sudah banyak susut nilainya.

Keterbukaan pihak-pihak tertentu menerima hakikat ini adalah satu peningkatan dari segi pemahaman. Perkataan 'jalang' itu sebenarnya tidak ada salahnya. Hanya konotasinya saja yang negatif tetapi maksudnya tetap sama sampai bila-bila. Jadi kalau hendak diharamkan perkataan itu kerana maksudnya yang negatif, memanglah tidak wajar.

Kakak Tua teringat sepotong ayat dari pujanggan William Shakespeare..."A rose is still a rose by any other name" (bunga ros itu tetap sama walau apa pun nama yang diberikan). Dan intan itu biar keluar dari mulut anjing sekalipun, namanya tetap intan juga.

Begitulah dengan 'jalang' yang diilhamkan oleh Nazir Jamaluddin atau U-Wei Hj Saari, ianya tetap berkisah akan wanita yang perangai tidak molek. Kalau pun nama 'jalang' itu disembunyikan sekalipun, maknanya tetap sama. Kalau dah jalang, jalang lah. Lebih teruk, bila si jalang itu malang....

kakak tua: Tidak suka perkataan 'jalang' kerana bunyinya begitu kasar.

lagi artikel di petk dari hmetro

Menggigil buat aksi ranjang

KALI pertama muncul di layar perak, apakah namaYasmin Khanif, 21, akan dijulang kerana bakat lakonannya atau hanya dikenang sebagai bintang baru kontroversi kerana lakonannya menerusi filem Taubat Jalang sebagai Maria?

Seperkara yang nyata, jika kebanyakan pelakon wanita teragak-agak membawakan watak 'gelap' apatah lagi untuk menjadi seorang jalang kerana bimbang berterusan dianggap sebegitu di luar lakonan, tindakanYasmin dianggap berani.

Beberapa babak yang sempat disaksikan pada majlis pelancaran filem Taubat Jalang di Perbadanan Kemajuan FilemNasional (Finas), Hulu Klang baru-baru ini, sudah cukup untuk mengklasifikasikan filem ini sebagai 18SX atau 18PL.

Masakantidak, sebahagian babaknya memaparkan betapa rakus Maria dirangkul dan dipaut lelaki berbeza, aksi di ranjang dan dirogol (menggunakan kamera trick').

Yasmin ketika ditanya tidak bimbangkah dia dengan kesan bakal diterima hasil lakonannya itu berkata, dia berharap persembahannya dinilai dari sudut lakonan.

"Saya bersetuju melakonkan watak Maria kerana berasakan sebagai pelakon baru, perlu cuba membawa semua watak.

"Tidak terfikir langsung untuk mencipta kontroversi atau meraih publisiti dengan mudah kerana orang tua saya pernah berpesan supaya jaga maruah. Saya sendiri pun tidak mahu menjadi popular kerana cerita kontroversi dan gosip menjatuhkan maruah.

"Terus terang,selain Maria satu watak mencabar, tawaran membintangi filem ini saya terima kerana suka dengan jalan ceritanya. Ia mengisahkan seorang wanita yang mahu keluar daripada kehidupan hitamnya dan kembali ke pangkal jalan.

"Filem ini menerapkan unsur kesedaran dan babak panas yang dipaparkan itu sebagai sokongan jalan cerita sekali gus memberi gambaran kehidupan lampau Maria.

"Saya berharap apabila filem ini ditayangkan, penonton lebih mengambil kira soal moral yangcuba dipaparkan keseluruhan cerita daripada sensasikan lakonan saya,"katanya.

Mencipta nama dalam dunia peragaan, Yasmin gembira keranadiberi peluang bergandingan dengan pelakon berpengalaman seperti Ridzuan Hashim, Hairee Othman, Kuswadinata, Yang Kassim, Maria Faridah, Helmi Husaini, Faizal Hussein, Amy Lateef S Roomai Nor dan Roslan Saleh yang banyak membimbingnya.

Pun begitu, dia tidak menafikan setiap kali diminta melakonkan babak ranjang singgah perasaan malu sehingga badannya menggigil.

"Ada tiga babak ranjang yang saya lakukan dalam filem ini. Pertama dan kedua ialah ketika saya melakukannya bersama teman lelaki manakala ketiga ketika dirogol pengawal di kondominium.

"Sukar untuk menjiwai, rasa seperti hendak menangis lebih-lebih lagi ketika melakonkan babak dirogol. Penghayatan saya tidak sampai sehingga terpaksa melakonkan aksi sama berulang kali," katanya.

Taubat Jalang yang diarahkan Nazir Jamaludin dan diterbitkan De'baron Production, bakal ditayang kepada umum penghujung tahun ini.



Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

sila gunakakan bahasa yang sopan dan sesuai atau pon sesedap rase apabila mengkritik.