Saturday, November 21, 2009

Murid Pengsan Dua Kali

KUALA NERANG: “Saya pengsan dua kali akibat terlalu sakit,” kata Noor Natrah Abd Wahab, 12, yang pengsan dua kali selepas dihentak dengan siku di belakang badannya oleh seorang murid lelaki di sekolahnya di sini, kira-kira 12.45 tengah hari kelmarin.

Dalam kejadian itu, murid tahun enam terbabit dikejarkan ke Hospital Kuala Nerang selepas pengsan dua kali.

Noor Natrah ketika ditemui semalam mendakwa kejadian berpunca apabila rakannya itu suka mengejeknya kerana dia dikatakan kerap tidak datang ke sekolah.

Berikutan itu, berlaku pertengkaran antara mereka sebelum murid lelaki berkenaan naik angin lalu melompat ke atas meja mangsa sebelum menghentak dengan kuat di tengah belakangnya sebanyak dua kali dengan siku. Selain itu, katanya, murid lelaki itu turut menarik tudungnya.

Sebaik kena hentakan itu, saya berasa sakit yang amat sangat dan lemah serta tidak sedar apa berlaku. Tidak lama kemudian saya sedar semula, tetapi tidak berupaya bangun walaupun beberapa murid lain cuba membantu sebelum saya pengsan semula,” katanya.

Noor Natrah berkata, sebelum dihentak dengan siku, murid lelaki berkenaan turut menamparnya menyebabkan dia terkejut.

Katanya, kejadian itu turut disaksikan murid lain yang ketika itu mengulang kaji mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Abang mangsa, Mohd Noor Ain, 25, yang datang ke sekolah itu untuk menjemput adiknya berkata, dia hanya diberitahu guru Noor Natrah hanya pengsan tanpa memaklumkan puncanya.

“Walaupun saya mendesak beberapa kali, tetapi seorang guru wanita tidak mahu memberitahu puncanya sehingga saya mendesak Noor Natrah sebelum dia memberitahu belakangnya dihentak dengan siku dua kali sehingga pengsan,” katanya.

Mohd Noor yang kemudiannya menemui pengetua dipujuk supaya tidak membesarkan kes itu.

Mohd Noor membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap, jam 2 petang kelmarin.

p/s: pengetua camni mmg xleh pakai, bukan nk jalankan tanggungjwb sbg pendidik, tp nk jg kepentingan sendiri, jaga periuk nasi sendiri..cuba kena kat anak sendiri, mau dibelasahnye bdk laki tu
Comments
2 Comments

2 comments:

  1. jgn la mara pak dak yat...

    ttp sbgai pengetua...
    tak sepatutnye nak rahsia kan kejadiaan sebenar...

    klu pihak keluarga mangsa nak report ker aper ker.


    2 hak mereke...

    ReplyDelete

sila gunakakan bahasa yang sopan dan sesuai atau pon sesedap rase apabila mengkritik.