Wednesday, February 24, 2010

sampai tahap kene letak signboard!!!!!

Hospital Tuanku Jaafar,
Seremban.


Mengapakah papantanda ini diletakkan di pintu masuk wad di Hospital Tuanku Jaafar Seremban ini?

Sebenarnya, papan tanda ini dengan jelas, kedatangan mereka yang menceburi bidang insuran dan kematian, sangat tidak dialu-alukan ke dalam.

Ada banyak sebab:

Ia mengganggu operasi di dalam wad. kedatangan agen insuran misalnya, bukan sedikit, tetapi banyak memberi kesan kepada ahli kelurga terutama yang sedang nazak.

Dengan pelbagai tawaran dan pakej, keluarga merasa tertekan kerana berurusan di dalam wad memberikan ruang kekeliruan, keserabutan malah ganggu tugas kepada jururawat dan doktor bertugas.
Agen insuran pasti akan berusaha memujuk keluarga pesakit mengambil premium tinggi yang sekaligus memberi pulangan komisyen lumayan kepada agen tersebut.

Kedatangan agen peti mayat, lagi amat menyiksakan, lebih-lebih lagi jika urusan dilakukan di depan dan bersama-sama pesakit nazak tersebut.


Jikalah pesakit itu sendiri mendengar dan memahami apa yang dibincangkan, lagilah haru jadinya kerana kerja tawar menawar keranda untuk mereka, berlaku di depan mereka sendiri.

Agen peti mayat adalah untuk mereka yang bukan beragama Islam, di mana pakej yang mereka tawarkan ada pelbagai-bagai dari semurah-murah beberapa ribu ringgit hinggalah puluhan ribu ringgit.

Perniagaan Keranda, atau biasa dipanggil 'tong', merupakan perniagaan lumayan yang semata-mata bergantung kepada kematian.

Lagi tua mereka yang meninggal dunia, lagi tinggi harga yang keluarga perlu keluarkan.

Dan lagi berada pesakit, lagi tinggi harga keranda.

Pakej ditawarkan termasuk pelbagai jenis keranda, ukuran, jenis kayu, pakej pembakaran mayat, pakej 'sembahyang', pakej majlis, pakej 'tokca', pakej kenderaan pengusung, pakej perarakan malah pakej barangan yang perlu ada semasa upacara pembakaran/pengkebumian.

Lebih memburukkan keadaan, jika urusan di lakukan di dalam wad, bukan seorang, malah kadang sehingga sepuluh agen berlainan akan datang dan berlakulah proses tawar menawar di dalam wad.
Sementara pesakit bertarung dengan maut, keluarga pula sedang bertarung dengan agen peti mayat untuk mendapatkan pakej yang termampu mereka biayai.

Agen peti mayat lebih suka datang ke hospital kerajaan kerana peluang untuk mendapat pelanggan adalah cerah.
Kedatangan mereka hospital swasta, jika berjaya mendapat pelanggan, adalah ibarat durian runtuh kerana pesakit di hospital swasta merupakan mereka yang berduit dan sanggup mengeluarkan puluhan ribu ringgit semata-mata untuk belanja pengkebumian pesakit atau ahli keluarga mereka yang bakal meninggal dunia...

Jadi, bagaimana mereka dapat terus berniaga?

Antaranya, meninggalkan kad nama kepada keluarga pesakit, atau memasang kaki@ejen memantau mana-mana pesakit yang nazak atau baru meninggal dunia yang kemudian terus memaklumkan nama si mati, alamat dan keluarga si mati kepada ejen peti mayat.

Bagaimanapun, perniagaan agen peti mayat sekarang terlalu banyak persaingan, dan kebanyakan pesakit atau si mati, sebenarnya telah membuat 'booking' sebelum kematian, keranda mana, syarikat mana dan di mana untuk mereka dibakar atau dikebumikan.

Jawapan yang mereka dapat biasanya..."i'm sorry, he's oledi booking at Nibana..."

Jadi, di mana mereka beroperasi jika di dalam wad, mereka dilarang?

Jangan terkejut jika suatu hari ketika anda berada di lokasi kemalangan terutama kemalangan maut, anda disapa seseorang:...

"Abang, itu mati Melayu ka, Cina ka, India ka..."

Bukan, ia bukan isu perkauman, tetapi untuk memastikan mangsa tu siapa.

Jika mangsa adalah Cina (kebiasaanya), maka ejen peti mayat yang menyapa anda tadi akan bergegas mendapatkan nama, alamat dan waris mangsa untuk berlaku proses tawar-menawar keranda dan perkhidmatan mereka...


sumber dari CG..


>>bagus pihak hospital buat mcm nie....takleh kecoh sangat dalam tu tawar menawar..
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

sila gunakakan bahasa yang sopan dan sesuai atau pon sesedap rase apabila mengkritik.