Sunday, March 21, 2010

Yani mentor meninggal..

Berita terbaru yang Budiey terima pada petang tadi, penyanyi kelahiran program realiti TV, Mentor di TV3 – Yanie atau nama sebenarnya, Siti Suriane Julkarim telah meninggal dunia di Hospital Keningau akibat ketumbuhan paru-paru. Sebelum ini, Yanie dikatakan menderita terlantar sakit selama 4 bulan.

Kepada pembaca yang masih samar-samar, Yanie pernah bergandingan dengan mentornya, Ning Baizura & Nikki dalam lagu Drama. Pernah lahir dengan lagu duet dengan Diddy – Saling Terpesona. Setelah lama menyepi dan dah lama juga tak mendengar berita tentang Yanie, akhirnya hari ini ramai yang terkejut dengan berita pemergian beliau.

Yanie yang merupakan pemenang tempat ke-3 musim pertama Mentor telah berkahwin dengan Irfin Abdul Manan.

Semoga ruhnya dirahmati oleh Allah. Semoga dia ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Salam takziah dari budiey.com untuk seluruh famili..

Al-Fatihah

Nama Penuh : SITI SURIANE JULKARIM
Nama Panggilan : Yanie
Asal : Kota Kinabalu, Sabah
Tarikh Lahir : 14 November 1985
Tempat Lahir : Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu
Zodiak : Scorpio
Ketinggian : 5 kaki 3 inci
Berat Badan : 52 kilogram
Bil. Adik-beradik : 5 orang (Anak Sulung)
Cita-cita : Polis dan Penyanyi yang disegani
Pendidikan : SPM
Sekolah : SK Sembulan Kota Kinabalu dan SMK Sanzac Kota Kinabalu
Status : Berkahwin
Pekerjaan : Penyanyi sambilan
Warna Pilihan : Hitam dan Putih
Muzik Pilihan : R&B, Funk dan Jazz
Hobi : Menyanyi dan Memasak
Pengalaman Seni : • Mula menyanyi sejak berusia 5 tahun.
• Mula menyertai pertandingan pada usia 10 tahun dan kerap kali menjuarai mana-mana pertandingan yang disertai.
• Mewakili sekolah dalam pertandingan bakat harapan antara sekolah.
• Menyertai koir sekolah.
• Menjuarai pertandingan Bintang Karaoke RTM pada hari terbuka RTM 2004.
• Terlibat dengan persembahan-persembahan untuk Program RTM dan rancangan Radio Sabah seperti ‘Titian Mesra dan Penghibur Minggu Ini’.
• Sering kali terlibat dengan acara-acara besar di sekitar Sabah menjadi artis jemputan.
• Mengikuti program lembaga kebudayaan Negeri Sabah.
• Menjadi Artis jemputan bagi ‘dinner show’ di hotel-hotel sekitar Sabah.
Tags: Berita, Yanie, berita yanie, juara mentor, lagu yanie, yani meninggal, yanie mentor meninggal dunia


AL FATIHAH....
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

sila gunakakan bahasa yang sopan dan sesuai atau pon sesedap rase apabila mengkritik.