Friday, June 10, 2011

Final Piala FA 2011: (PAS)Kelantan Vs Terengganu(UMNO)


klik gambar untuk full view


Saingan piala FA 2011 akan berakhir dengan perlawanan akhir antara dua pasukan Pantai Timur, Kelantan dan Terengganu. Kelantan layak ke perlawanan akhir musim ini setelah menang menerusi perkiraan agregat 6-2 dengan Selangor. Manakala Terengganu layak menerusi agregat 5-2 ke atas Pahang.

Perlawanan yang dijangka sengit kerana kedua-dua pasukan ingin mendapatkan gelaran Juara Piala FA setelah sekian lama. Terengganu mungkin agak terdesak untuk mendapatkan piala untuk mereka (Juara Piala FA tahun 2000). Bagi Kelantan ni adalah peluang mendapatkan piala kedua untuk 2011 selepas Piala Sumbangsih.

Sejarah
Tahun 2004, kali terakhir Terengganu beraksi di final, kaloh 0-3 kepada Perak. Dua jaringan adalah dari Khalid Jamlus yang kini berada dalam pasukan Kelantan.
Perlawanan Kalah Mati Piala FA terakhir antara kedua pasukan ialah pada tahun 2002. Kelantan kalah dgn aggregate 4-2. Antara penjaring Terengganu masa tu ialah Wan Rohaimi yang kini juga berada dlm pasukan Kelantan.

Kesebelasan utama Kelantan:(KEMUNGKINAN)
Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Daudsu Jamaludin, S Subramaniam, Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid, Mohammad Ab Aziz Ismail, Mohd Izuan Salahuddin, Muhd Badhri Radzi (KP), Mohd Shakir Shaari, S Chanturu, Muhammad Ramzul Zahini Adenan dan Muhammad Khalid Jamlus.

Kesebelasan utama Terengganu:(KEMUNGKINAN)
Mohd Shahril Sa’ari, Mohd Muhaimin Omar, Mohd Hassan Basri Ridzuan, Nik Zul Aziz Nawawi, Reeshafiq Alwi, Mohd Ailim Fahmi, Wan Mohd Aliff Wan Jasni, Ismail Faruqi Asha’ri, Ronny Harun, Joseph Kalang Tie, Hasmizan Kamaroddin, Abdul Hadi Yahya, Mazlizam Mohamad, Mohd Zubir Azmi dan Mohd Marzuki Yusof (KP).

Pssst : Sama2 kita menyokong pasukan bola kita jangan pulak ader macam 2 kejadian tak diingini berlaku..
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

sila gunakakan bahasa yang sopan dan sesuai atau pon sesedap rase apabila mengkritik.