Saturday, June 25, 2011

Original vs Cetak Rompak?

Pernahkah korang terfikir mengapa keadaan ini berlaku? Apa puncanya?

Harga produk yang mahal tak setanding kualiti
– yang cetak rompak lagi murah, tak pun download jer,

Kurang kualiti – Kalau bab lagu misalnya, hanya ada satu dua jer lagu yang sedap, yang lain? Daripada beli, baik download jer, boleh pilih lagi mana yang berkenan dihati. Bab Filem pun sama, baik diorang cari jer yang cetak rompak. Kalau terkena cerita yang indah khabar dari rupa tuh, tak der lah rasa rugi sangat.

Mudah didapati – Walaupun kurang promosi tapi mudah didapati. Mana-mana ada jual, pasar malam, kedai DVD, kedai Software. Tak pun download jer di internet atau rekod jer di Astro.

Kurangnya penguatkuasaan – Akta yang ada masih belum cukup menakutkan mereka yang mencuri karya HakCipta orang lain ni. Kalau kedai DVD Cetak Rompak tu, hari ni serbu, esok dah buka semula macam biasa. Keuntungan mereka tuh dah jauh lebih cukup daripada denda yang dikenakan.

Terdapatnya permintaan – selagi adanya permintaan, selagi itulah akan ada pengeluaran dan penyumbangnya. Rakyat sekarang semakin bijak memilih terutamanya dalam zaman teknologi dan kegawatan ekonomi ni, sudah pastilah yang lebih menguntungkan yang akan menjadi pilihan. Bukan semua orang mampu dapatkan yang terbaik dan berkualiti.

dan banyak lagi.

korang Nilaikn jer ... :)
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

sila gunakakan bahasa yang sopan dan sesuai atau pon sesedap rase apabila mengkritik.