Wednesday, October 03, 2012

Setia Isteri Hingga Akhir Hayat

Seorang isteri menangis-nangis hendak mandikan jenazah suami dia.. Bapa mertua dengan polis forensik tidak memberinya.. Sambil menangis isteri berkata ini janji kami suami isteri..

Jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu..

Dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk tanya kenapa, kemudian ustaz tersebut berkata tidak mengapa jika isteri nak mandikan jenazah suami.. Ustaz tadi bersama beberapa orang lagi temankan si isteri mandikan jenazah suaminya..

Dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, “Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kita di akhirat nanti..”

Membasuh tangan jenazah suami sambil berkata “Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. Moga Allah beri pahala untukmu suamiku..”

Membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata “Tubuh inilah yg memberi pelukan kasih syg padaku dan anak-anak, moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku”

Membasuh kaki jenazah suami smbil berkata “Dengan kaki ini abang kluar mencari rezeki untuk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata-mata untuk mencari sesuap nasi, terima kasih abang… Moga Allah beri kau kenikmatan hidup di akhirat dan pahala yang berlipat kali gandanya”

Selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata..

 
“Terima kasih abang kerana aku bahagia sepanjang menjadi isterimu dan terlalu bahagia dan terima kasih kerana meninggalkan aku bersama permata hatimu yang persis dirimu dan aku sebagai seorang isteri redha akan pemergianmu kerana kasih sayang Allah padamu.”



Offical Credits:Pakarcinta
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

sila gunakakan bahasa yang sopan dan sesuai atau pon sesedap rase apabila mengkritik.