Tuesday, December 25, 2012

Muslihat Tersirat

Petang senja kegelapan
Berdering nokia 1209
Biarkan saja

Melihat manusia kekalutan
Melihat manusia berkeliaran
Melihat manusia tergesa

Ada Muslihat..
Ini Ceritanya..

Tidak sampai sehari ditipu
Itu adalah manusia
Kotaraya

Lain bangsa
Lain agama
Lain kerjanya
Lain warna kulitnya

Adakah semuanya sama..
Bila disoal itu harganya
Bila dibayar lain pula ceritanya

Kenapa tidak terangkan saja..
Sampai harus menipu
Mungkin Itu Kerjanya

Tapi..
Kenapa..
Sehingga

Aku,
Geram,
Bengang,
Habis deria cekam
Mahu membara muka

Bila dapat tahu ada muslihat sebalik harga
Bila dapat tahu ada bayaran tersembunyi

Ahhh.. biarkan harini
Itu tempat dia tidak mungkin aku berkuasa
Itu tempat dia tidak mungkin aku melawan
Itu tempat dia kenapa aku berfikir sementara

Sehingga kini bermain diminda
Bila singgah terlihat
Maka urat bersirat
terus melarat

Itulah ceritanya
Manusia tiada fizik
Mencari keuntungan
Menipu manusia


12.42A.M
./dartyard copyright!


Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

sila gunakakan bahasa yang sopan dan sesuai atau pon sesedap rase apabila mengkritik.